Pages

BLOG HEADER

BLOG HEADER
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 24 March 2014

10 KEBAIKAN DETOKS USUS

Pernahkah anda mengalami sembelit yang teruk? Tahukah anda, sembelit yang kronik boleh mengundang kanser?

Berdasarkan perangkaan, kanser usus adalah kanser ketiga tertinggi di Malaysia. Takut juga bila kita dengar statistik ni. Rupanya antara sebabnya adalah sembelit. Sembelit juga berpunca dari usus yang tidak sihat. Macamana nak dapatkan usus yang sihat? Kita kena detoks usus kita supaya usus bersih dari bakteria dan kuman penyebab kanser. Detoks bererti membuang toksin dari badan.





10 kebaikan detoks usus :)

1. Meningkatkan keberkesanan sistem penghadaman.
Apabila usus berada dalam keadaan yang "bersih", usus kita dapat menyerap nutrien dengan lebih berkesan. Apabila bahan tidak tercerna tertinggal lama dalam usus, ia akan menyebabkan bakteria merebak dan boleh memberi kesan lebih teruk. Usus yang bersih boleh menyebabkan bahan tidak tercerna melaluinya dengan mudah. Seperti juga longkang yang lancar aliran airnya, mampu membawa sisa-sisa terbuang dengan baik jauh ke tempat kumbahan. Longkang tersumbat boleh menyebabkan kotoran tersekat dan mendatangkan bau busuk serta penyakit.


2. Bantu kita buang air dengan lebih kerap, elak sembelit.
Sembelit membuatkan bahan tidak elok dalam usus berada didalam badan dengan lebih lama. Itu sangat tidak baik untuk badan. Kenapa? Sebab toksin daripada bahan tidak tercerna itu boleh menyerap ke dalam saluran darah dan mendatangkan penyakit. Sembelit berpanjangan juga boleh menyebabkan kesan lebih teruk seperti buasir.


3. Meningkatkan tenaga
Membuang toksin dalam badan boleh tingkatkan tenaga. Tenaga yang diperlukan untuk membuang kotoran dalam usus akan lebih dijimatkan dan disalurkan untuk keperluan badan yang lain. Ramai orang yang menjalani detoks usus merasa lebih bertenaga, pengaliran darah yang lebih lancar dan tidur yang lebih lena.


4. Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien
Usus yang telah dibersihkan membantu air, vitamin dan nutrien di serap dengan lebih baik. Usus yang kotor membuatkan penyerapan nutrien kurang baik kerana dihalang dengan toksin yang berada dalam usus.


5. Meningkatkan fokus.
Sebanyak manapun makanan berkhasiat yang kita makan, tetapi tidak dapat diserap, alangkah ruginya. Fokus hilang apabila badan tidak sihat kerana makanan berkhasiat yang dimakan tidak diserap dengan baik oleh tubuh. Detoks usus secara tidak langsung meningkatkan taraf kesihatan seseorang dengan meningkatkan fokus apabila keperluan vitamin dan nutrien dalam badan dapat diserap dengan baik.


6. Permulaan yang baik untuk kurus
Makanan kurang serat yang tidak membantu detoksifikasi usus akan melalui usus lebih satu perempat lambat dari makanan penuh serat. Sejenis lendiran akan terhasil disebabkan laluan makanan yang lambat ini dan melekat di dinding usus. Ia juga menyebabkan jumlah berat yang membantu pembuangan bahan sisa lebih tinggi. Detoks usus membantu menguruskan badan. Ramai orang yang hilang berat disebabkan oleh detoks usus kerana ia juga membantu meningkatkan metabolisma badan.


7. Mengurangkan risiko barah kolon.
Semua toksin yang kita makan, hidu, minum dan yang diserap oleh kulit akan diproses oleh gastrointestinal (dalam usus) dan hati. Toksin yang berada dalam kolon dengan lebih lama akan membentuk sel tidak baik seterusnya menyebabkan barah/ kanser


8. Meningkatkan kesuburan.
Detoksifikasi Usus boleh menggalakkan pengambilan makanan yang sihat dan berserat tinggi, meningkatkan kekerapan buang air dan mengawal berat badan. Lemak adalah bersifat estrogen, jika terlalu banyak dalam badan, ia akan menyukarkan peluang untuk mengandung. Usus yang memberat disebabkan toksin dalamnya akan menekan uterus dan organ pembiakan yang lain dan menjadi penghalang. Detoks usus atau pembersihan usus akan membuang toksin dan bahan kimia yang mengganggu telur dan sperma.


9. Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah.
Makanan yang biasanya menyebabkan usus tersumbat adalah makanan yang berasid, biasanya makanan yang berprotein tinggi dan kurang serat. Ia akan jadi punca kelesuan. Ia adalah disebabkan tisu sel dalam usus telah dicemari toksin. Apabila yis, fungus, bakteria dan parasit menyerap dalam darah, pH dalam darah akan menjadi tidak seimbang.


10. Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.
Detoks serta membersihkan usus dari toksin dan sisa yang tidak elok boleh membantu meningkatkan kecergasan badam badan akan rasa lebih ringan, serta lebih sihat.

sumber: http://life.gaiam.com/article/10-benefits-colon-cleansing

Bagaimana untuk detoks usus?

1. Makan lebih serat

Serat atau fiber diibaratkan sebagai penyapu yang akan membersihkan saluran usus kita. Serat tidak akan dihadam kerana ia berguna untuk pergerakan usus semasa proses penyahtinjaan. Dalam kata lain, lebih serat, lebih bersih usus kita!

2. AIR AIR AIR

Tidak syak lagi air merupakan satu elemen penting yang menggerakkan seluruh proses tubuh kita. Salah satu cara untuk tahu adakah kita telah minum air yang cukup adalah dengan melihat warna air kencing kita. Jika warnanya pekat, bererti kita kurang air. Jadi, pastikan kita minum air kosong yang cukup ye. Air selain air putih tidak membantu jadi kurangkan ia terutamanya yang ada kafein dan minuman berkarbonat.

3. Memakan "bakteria baik"

Contoh yang paling mudah ; yogurt, vitagen, dan sebagainya. NAMUN, sila hati-hati dengan kandungan gula tersembunyi dari makanan sebegini.

Sumber : http://www.wikihow.com/Cleanse-Your-Colon

DETOKS CARA SHAKLEE

Paling mudah, murah dan selamat, anda boleh mengambil suplemen khusus untuk proses detoks ini. Shaklee mempunyai produk yang membantu detoks usus dan membersihkan usus iaitu ALFALFA COMPLEX. Ia dapat meningkatkan kekerapan pembuangan air, membuang dengan lebih kerap dan lawas dan sekali gus dalam membantu untuk kurus.


Alfalfa adalah salah satu item dalam set Slimming kerana ia tinggi dengan serat, mempunyai fungsi detoks yang sangat baik, memperbaiki penghadaman, jadi alfalfa sangat berkesan untuk menurunkan berat badan!

Untuk info dan order, sila hubungi:

FB : eedazz zed 
SMS / wassap : 0174271383 
SID 932376 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

1 comment:

Pengedar Shaklee said...

Bagusnya tahun 2014 dah ada entry set detox