Pages

BLOG HEADER

BLOG HEADER
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday 25 March 2014

Monday 24 March 2014

10 KEBAIKAN DETOKS USUS

Pernahkah anda mengalami sembelit yang teruk? Tahukah anda, sembelit yang kronik boleh mengundang kanser?

Berdasarkan perangkaan, kanser usus adalah kanser ketiga tertinggi di Malaysia. Takut juga bila kita dengar statistik ni. Rupanya antara sebabnya adalah sembelit. Sembelit juga berpunca dari usus yang tidak sihat. Macamana nak dapatkan usus yang sihat? Kita kena detoks usus kita supaya usus bersih dari bakteria dan kuman penyebab kanser. Detoks bererti membuang toksin dari badan.





10 kebaikan detoks usus :)

1. Meningkatkan keberkesanan sistem penghadaman.
Apabila usus berada dalam keadaan yang "bersih", usus kita dapat menyerap nutrien dengan lebih berkesan. Apabila bahan tidak tercerna tertinggal lama dalam usus, ia akan menyebabkan bakteria merebak dan boleh memberi kesan lebih teruk. Usus yang bersih boleh menyebabkan bahan tidak tercerna melaluinya dengan mudah. Seperti juga longkang yang lancar aliran airnya, mampu membawa sisa-sisa terbuang dengan baik jauh ke tempat kumbahan. Longkang tersumbat boleh menyebabkan kotoran tersekat dan mendatangkan bau busuk serta penyakit.


2. Bantu kita buang air dengan lebih kerap, elak sembelit.
Sembelit membuatkan bahan tidak elok dalam usus berada didalam badan dengan lebih lama. Itu sangat tidak baik untuk badan. Kenapa? Sebab toksin daripada bahan tidak tercerna itu boleh menyerap ke dalam saluran darah dan mendatangkan penyakit. Sembelit berpanjangan juga boleh menyebabkan kesan lebih teruk seperti buasir.


3. Meningkatkan tenaga
Membuang toksin dalam badan boleh tingkatkan tenaga. Tenaga yang diperlukan untuk membuang kotoran dalam usus akan lebih dijimatkan dan disalurkan untuk keperluan badan yang lain. Ramai orang yang menjalani detoks usus merasa lebih bertenaga, pengaliran darah yang lebih lancar dan tidur yang lebih lena.


4. Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien
Usus yang telah dibersihkan membantu air, vitamin dan nutrien di serap dengan lebih baik. Usus yang kotor membuatkan penyerapan nutrien kurang baik kerana dihalang dengan toksin yang berada dalam usus.


5. Meningkatkan fokus.
Sebanyak manapun makanan berkhasiat yang kita makan, tetapi tidak dapat diserap, alangkah ruginya. Fokus hilang apabila badan tidak sihat kerana makanan berkhasiat yang dimakan tidak diserap dengan baik oleh tubuh. Detoks usus secara tidak langsung meningkatkan taraf kesihatan seseorang dengan meningkatkan fokus apabila keperluan vitamin dan nutrien dalam badan dapat diserap dengan baik.


6. Permulaan yang baik untuk kurus
Makanan kurang serat yang tidak membantu detoksifikasi usus akan melalui usus lebih satu perempat lambat dari makanan penuh serat. Sejenis lendiran akan terhasil disebabkan laluan makanan yang lambat ini dan melekat di dinding usus. Ia juga menyebabkan jumlah berat yang membantu pembuangan bahan sisa lebih tinggi. Detoks usus membantu menguruskan badan. Ramai orang yang hilang berat disebabkan oleh detoks usus kerana ia juga membantu meningkatkan metabolisma badan.


7. Mengurangkan risiko barah kolon.
Semua toksin yang kita makan, hidu, minum dan yang diserap oleh kulit akan diproses oleh gastrointestinal (dalam usus) dan hati. Toksin yang berada dalam kolon dengan lebih lama akan membentuk sel tidak baik seterusnya menyebabkan barah/ kanser


8. Meningkatkan kesuburan.
Detoksifikasi Usus boleh menggalakkan pengambilan makanan yang sihat dan berserat tinggi, meningkatkan kekerapan buang air dan mengawal berat badan. Lemak adalah bersifat estrogen, jika terlalu banyak dalam badan, ia akan menyukarkan peluang untuk mengandung. Usus yang memberat disebabkan toksin dalamnya akan menekan uterus dan organ pembiakan yang lain dan menjadi penghalang. Detoks usus atau pembersihan usus akan membuang toksin dan bahan kimia yang mengganggu telur dan sperma.


9. Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah.
Makanan yang biasanya menyebabkan usus tersumbat adalah makanan yang berasid, biasanya makanan yang berprotein tinggi dan kurang serat. Ia akan jadi punca kelesuan. Ia adalah disebabkan tisu sel dalam usus telah dicemari toksin. Apabila yis, fungus, bakteria dan parasit menyerap dalam darah, pH dalam darah akan menjadi tidak seimbang.


10. Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.
Detoks serta membersihkan usus dari toksin dan sisa yang tidak elok boleh membantu meningkatkan kecergasan badam badan akan rasa lebih ringan, serta lebih sihat.

sumber: http://life.gaiam.com/article/10-benefits-colon-cleansing

Bagaimana untuk detoks usus?

1. Makan lebih serat

Serat atau fiber diibaratkan sebagai penyapu yang akan membersihkan saluran usus kita. Serat tidak akan dihadam kerana ia berguna untuk pergerakan usus semasa proses penyahtinjaan. Dalam kata lain, lebih serat, lebih bersih usus kita!

2. AIR AIR AIR

Tidak syak lagi air merupakan satu elemen penting yang menggerakkan seluruh proses tubuh kita. Salah satu cara untuk tahu adakah kita telah minum air yang cukup adalah dengan melihat warna air kencing kita. Jika warnanya pekat, bererti kita kurang air. Jadi, pastikan kita minum air kosong yang cukup ye. Air selain air putih tidak membantu jadi kurangkan ia terutamanya yang ada kafein dan minuman berkarbonat.

3. Memakan "bakteria baik"

Contoh yang paling mudah ; yogurt, vitagen, dan sebagainya. NAMUN, sila hati-hati dengan kandungan gula tersembunyi dari makanan sebegini.

Sumber : http://www.wikihow.com/Cleanse-Your-Colon

DETOKS CARA SHAKLEE

Paling mudah, murah dan selamat, anda boleh mengambil suplemen khusus untuk proses detoks ini. Shaklee mempunyai produk yang membantu detoks usus dan membersihkan usus iaitu ALFALFA COMPLEX. Ia dapat meningkatkan kekerapan pembuangan air, membuang dengan lebih kerap dan lawas dan sekali gus dalam membantu untuk kurus.


Alfalfa adalah salah satu item dalam set Slimming kerana ia tinggi dengan serat, mempunyai fungsi detoks yang sangat baik, memperbaiki penghadaman, jadi alfalfa sangat berkesan untuk menurunkan berat badan!

Untuk info dan order, sila hubungi:

FB : eedazz zed 
SMS / wassap : 0174271383 
SID 932376 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Saturday 22 March 2014

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN CINCH ENERGY TEA MIX™

Kecil-kecil cili padi
Amik Cinch Tea memang tak rugi

Istimewa kepada sesiapa yang dah mulakan program slimming / kuruskan badan dengan yang basic ALFALFA, LECITHIN & HERBLAX, anda digalakkan untuk ambil juga CINCH ENERGY TEA MIX™ ini.

CINCH ENERGY TEA MIX™ adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih. Bahan-bahannya adalah seperti:
1- Taurina
2- Maltodextrin – bahan daripada jagung
3- Rooibos Red Tea Extract–tumbuhan herba dari Afrika~dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
4- Green Tea Extract
5- White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
6- Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dari Jepun

Teh-teh merah, hijau dan putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina. Antara kegunaanya:
  • Anti-mikrob
  • Imunostimulan
  • Anticarcinogenic
  • Anti-inflammatory
  • Perlindungan terhadap penyakit jantung
  • Anti oksidan – perlindungan dari kanser
  • Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
  • Mengawal kerosakan DNA
  • Menurunkan paras kalori dan kolesterol
  • Detoxifiers
  • Stimulator tenaga & kehilangan lemak

Dengan jaminan Shaklee, adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada dalam CINCH ENERGY TEA MIX™ ini memang oomph!

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman

KHASIAT 
CINCH ENERGY TEA MIX™

• Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk. 
• Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
• Peningkatan tenaga segera.
• Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan, bersih dan tidak akan "masuk angin"!




Selepas ini lupakan kopi atau minuman soda yang lain utk beri tenaga. Jom cuba CINCH ENERGY TEA MIX™ untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. Kaya dengan ANTIOKSIDAN yang memberi kesan kepada tahap imun dan kulit cantik. Boleh di amalkan di waktu pagi atau tengahari samada bancuhan panas atau sejuk.


Ini cara saya untuk minum 
CINCH ENERGY TEA MIX™ :)

1 sachet CINCH ENERGY TEA MIX™ dicampurkan dengan air sejuk dalam botol 1 liter dan minum pada bila2 masa sepanjang hari. Memang penghilang dahaga yang berkesan!

TIPS untuk yang gemar melakukan rutin senaman, ambil 1 liter air sejuk + CINCH ENERGY TEA MIX™ sebelum, semasa dan selepas buat senaman. Hasilnya memang power :)

CINCH ENERGY TEA MIX™ ini sesuai untuk ibu menyusu juga. Saya sendiri adalah BF mommy dan mengambil set slimming lengkap.

Yang penting jika BF dan mahu slimming, pastikan pengambilan air yang cukup dan kalori juga at least 1800 ok. Dan sila makan carb!

Sekotak cinch tea mengandungi 28 sachets, jadi bole diambil selama lebih kurang sebulan.

KESAN KURUS BADAN:

CINCH ENERGY TEA MIX™ sangat digalakkan diambil bersama Lecithin dan Alfalfa. Oleh kerana ketiga set ini mampu mempercepatkan metabolisme badan secara tak langsung menukarkan lemak2x degil kepada tenaga dan lemak dan toksin mudah dibuang melalui proses pembuangan /perkumuhan.

Tambah HERBLAX untuk "cuci usus" secara berkala. Jangan ambil HERBLAX setiap hari!

Kepada yang target nak kuruskan badan, ambil suplimen dan pastikan amalan hidup yang sihat : senaman berkala dan kurangkan makanan yg mempunyai kadar lemak atau karbo yang tinggi. Tiada kesan seawal 2 minggu atau sebulan. Anda harus konsisten dan disiplin untuk dapat hasil yang memuaskan dalam 2-3 bulan.

Setiap customer kami akan mendapat konsultasi istimewa dengan TIPS yang kami sendiri dah cuba. SUPPORT GROUP utk bantu pengambilan vitamin dan untuk kurus juga ada.

Cubalah pasti anda tersenyum berpuas hati =))))

Untuk sebarang info dan order, sila hubungi: 

FB : eedazz zed 
SMS / wassap : 0174271383 
SID 932376 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Tuesday 11 March 2014

Peluang bisnes bersama Shaklee

Assalamualaikum...

Dah banyak entry dan info sgt kan pasal produk Shaklee ni...mesti ada yg tertanya2 macam mana kalau nak buat bisnes Shaklee ni juga?

Ok hari ni saya nak kongsi mengenai peluang bisnes yang ditawarkan oleh Shaklee.

Saya bermula sebagai konsumer iaitu pengguna produk Shaklee. Jatuh hati dengan keberkesanan produk dan harganya yg sangat berbaloi (compare dgn vitamin / suplemen lain di farmasi).

Kemudian saya join Shaklee dan terus tidak lagi menoleh ke belakang. Subhanallah sokongan yg diterima dari support group membuatkan saya malu kerana selama ini menyangka potensi diri adalah rendah.

Semua org mempunyai potensi yang sama untuk berjaya.

Support group bkn hanya bincang hal produk, sales, bonus, semata-mata. Pendek kata, mereka mmg mengajak kita kaya dunia dan akhirat!

Ok la kita terus kepada peluang bisnes bersama Shaklee. Antara sebab kita patut mulakan dengan Shaklee ialah:


  • potensi mudah
  • peluang cerah
  • modal sangat rendah
  • sistem yang adil dan tidak menindas
  • produk yang bagus
  • Shaklee adalah syarikat yang stabil, telah lama bertapak di Malaysia, halal diperakui, produk selamat, berkesan dan mendapat kelulusan KKM.

Shaklee menawarkan 3C:

CASH
CAR
CONVENTION

CASH - untung jualan dan bonus hasil dari produk
CAR - bonus kereta =)
CONVENTION - award yang diberi dalam majlis, peluang Umrah dan bercuti ke seluruh dunia

Jika mahu bersama dengan group Jutawan, anda boleh hubungi saya untuk proses seterusnya. Dijamin anda tidak akan ditinggal terkapai-kapai!

FB : eedazz zed
SMS / wassap : 0174271383
SID 932376

Cara makan Alfalfa & Lecithin dalam set kurus Shaklee

Sebelum anda mengambil sebarang produk terutamanya produk kuruskan badan, pastikan anda mengambil tahu serba sedikit tentang kandungan produk dan apa yang anda kena buat semasa mengambilnya supaya anda mendapat hasil yg diidamkan.

Jika anda tidak mendapat hasil setelah mencuba, review semula adakah anda patuh kepada semua Do's and Dont's dalam proses menguruskan badan. Jangan 100% salahkan produk =)

Patuh, ikut dan buat sehingga anda mendapat hasil yang anda mahu. (bukan sebulan terus kurus!)

Sebelum ambil set kurus Shaklee ini, anda hendaklah tahu bahawa:


  • Alfalfa TIDAK BOLEH dimakan serentak dengan Vitamin E kerana Alfalfa akan ganggu penyerapan Vit E.
  • Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh mereka yang ada penyakit auto imun atau SLE.
  • Ambil alfalfa sekurang-kurangnya 2 minggu selepas bersalin. Alfalfa adalah bersifat herba dan tidak sesuai diambil seawal 2 minggu selepas bersalin.
  • TIDAK ambil Alfalfa lebih 10 biji sehari. Mulakan dengan dos yang rendah dahulu kemudian perlahan-lahan tingkatkan supaya badan tidak terkejut.
CARA MAKAN ALFALFA

1. Tentukan dahulu berapa biji nak makan dalam sehari.
2. Berapa kali nak makan dalam sehari.

Contoh :

Minggu pertama nak ambil 6 biji Alfalfa, 2 kali sehari. So ambil 3 biji setiap kali.
Kemudian minggu kedua dan seterusnya naikkan dos dari 8 - 10 biji sehari.

CARA MAKAN LECITHIN

1. Makan 3 biji, 2 kali sehari, jumlah 6 biji sehari.
2. Ambil Lecithin selepas makan.


TAHUKAN ANDA, KEAJAIBAN SISTEM TUBUH ADALAH SEMAKIN KERAP MAKAN, SEMAKIN TINGGI PEMBAKARAN TENAGA.

Sesuaikan pemgambilan Alfalfa dan Lecithin dalam waktu makan seperti berikut:

3 biji ALFALFA sebelum makan tengahari, 3 biji LECITHIN selepas makan tengahari.

3 biji ALFALFA sebelum makan malam, 3 biji LECITHIN selepas makan malam.

MUDAH BUKAN??

Ok sekarang jom kita tgk kenapa dah makan produk kuruskan badan tapi tidak berkesan.

PUNCA UTAMA DIET TIDAK BERI KESAN

1. Tidak makan breakfast. Kajian menunjukkan jika anda skip breakfast, anda akan makan lebih banyak semasa lunch dan dinner.

2. Kurangkan kekerapan makan tapi bukan kuantiti. Ok jika anda makan 2x saja sehari tp sekali makan, banyak...Sorry to say, anda mmg gagal.

3. Kurangkan karbohidrat tapi ganti dengan protin. Sbb tu ramai yang diet makan lauk saja tak makan nasi. Sekali sekala ambil karbohidrat seperti nasi, kentang dan roti. Ini untuk memberi signal kepada badan bahawa kita tidak berlapar. Org yg tidak mkn karbohidrat langsung, pembakaran tidak akan berlaku dan tidak akan kurus. Ambil protin untuk memelihara otot anda supaya yg hilang adalah lemak bukan otot.

4. Tidak bersenam langsung.

5. Gula. Gula adalah lebih berbahaya daripada lemak. Gula menyebabkan kegemukan dan pelbagai penyakit lain.

6. Kurang air. Igt, anda perlukan 1 liter air utk setiap 25kg berat anda. 

Jadi, buat yang betul2 ingin kurus tetapi bajet sikit, saya cadangkan ambil 2 item utama ini dahulu, dan kemudian boleh lah ditambah dengan Herblax untuk pembersihan usus dengan lembut, dan ESP/CINCH SHAKE utk sumber protein terbaik.

Jika berminat untuk mendapatkan set ini atau info produk-produk lain, hubungi saya:

sms / wassap 0174271383
SID 932376
Pengedar diperlukan


Monday 10 March 2014

Cara buat masker ESP, jimat dan berkesan!

Salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang sihat, gebu dan tanpa cela adalah melalui rutin penjagaan wajah luaran. Mencuci dan memakai pelembap sahaja tidak cukup jika mahu hasil yang terbaik. Memakai masker muka secara konsisten dapat menghasilkan kulit wajah yang lebih cerah, bebas cela, lembut dan gebu.

Siapa taknak kan jika kulit cantik?

Hari ini saya nak kongsi cara membuat masker dari ESP Shaklee. Ada kwn saya tidak percaya minuman nutrisi popular tu bole dibuat masker. Belum cuba belum tahu ok :)

Kelebihan masker dari ESP ialah anda tidak menggunakan bahan kimia langsung!

Kandungan ESP adalah 100% semulajadi dan dalam setin ESP ada 30kg kacang soya, packed with nutrient!


Ada beberapa resepi yang menarik utk dicuba iaitu:


  • ESP + Yogurt Asli
  • ESP + Vit E
  • ESP + putih telur (sgt baik utk buang whitehead dan blackhead - tak payah nak tonyoh / picit hidung dah)
  • ESP + Vit C


CARA BUAT MASKER DARI ESP

Langkah 1 : 
Campurkan satu sudu kecil ESP dgn bahan pilihan. Untuk Vit E, anda gunting sedikit hujung kapsul dan picit keluar kandungan di dalam. Untuk Vit C, hancurkan separuh tablet dan campur dlm ESP (separuh lagi bole dimakan :)

Langkah 2 :
Untuk mendapat kepekatan yang sesuai, adjust dgn sedikit fresh milk, atau guna air biasa pun bole.

Langkah 3 : 
SAPU rata di wajah & RELAX sebentar!

MUDAH KAN?

Biarkan di wajah selama lebih kurang 15-30 minit, sehingga kering, kemudian cuci dan bilas dgn air mcm biasa.

Lakukan setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya.

Selepas itu boleh la jika nak buat 2x seminggu. Tips, buat pada hari yg bermula dgn huruf S iaitu Sabtu dan Selasa!

Selamat mencuba ye.

Untuk info dan konsultasi percuma, hubungi saya:
SMS / wassap 0174271383

SID 932376

Saturday 8 March 2014

PROMOSI BULAN MAC 2014 - ESP!!!!



Alhamdulillah ramai yg suka promosi Shaklee bulan ni. Sebab ESP ni adalah produk no 1 Shaklee. Kegemaran semua nih. ESP bukan saja untuk ibu menyusu tapi juga sangat sesuai ibu hamil, ibu berpantang, kaum lelaki, warga emas dan kanak-kanak .

Adakah anda mengalami masalah ini:
  • Hamil ataupun sedang berpantang dan selalu keletihan dan cepat lapar?
  • Menyusukan anak dan risau atau sedang menghadapai masalah susu merudum?
  • Menyusukan anak dan resah melihat anak anda menyusu lama sangat tapi tak kenyang-kenyang?
  • Geram dan malu dengan kulit kusam anda yang dah siap berjeragat?
  • Seorang yang cepat letih dan pancit?
  • Teringin nak kurus dengan cara yang sihat, tapi tak mampu nak bersenam sakan dan berpantang makan itu dan ini?
ESP Shaklee insya-Allah boleh membantu anda!
Apa itu ESP Shaklee?
ESP Shaklee atau nama panjangnya Energizing Soy Protein merupakan serbuk soya perasa vanila yang mengandungi protein.
Menariknya, ESP ni merupakan protein yang bebas lemak dan kolesterol. Tak seperti ayam, ikan dan daging, semua tu protein juga, tapi masing – masing ada lemaknya.
ESP ni bukan susu tau. Ia boleh dibancuh dengan apa sahaja air kegemaran. Jadi kalau anda bukan penggemar susu, ESP masih boleh masuk senarai favorite drink anda .
ESP ni diperbuat dari 30kg soya dan mengandungi 9 jenis asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita, tapi sangat penting untuk tubuh.
ESP Shaklee untuk Siapa?
1. Ibu Menyusu
ESP Shaklee mengandungi protein yang merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu sendiri. ESP membantu banyakkan susu ibu dan jua pekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang walaupun minum sikit shj

2. Ibu Hamil
ESP Shaklee mengandungi protein. Protein membantu membina sel-sel dalam tubuh. Sel ini kemudiannya akan membentuk tisu dan seterusnya organ.

Sel –> Tisu –> Organ –> Sistem Badan

Untuk ibu hamil, protein dalam ESP membantu membina organ bayi dalam rahim sekaligus mengelak risiko jantung berlubang atau masalah paru-paru.
Menurut Dr Delaila, Gynae di SDMC Subang, protein juga membantu menguatkan immune system ibu hamil. Immune system yang kuat boleh membantu mengelakkan risiko keguguran.
3. Ibu Pantang
ESP Shaklee sangat membantu ibu dalam berpantang untuk bertenaga sepanjang hari dan kekal ceria di samping membanyakkan susu dan membantu memulihkan kulit kusam ibu yang sedang berpantang
4. Orang dalam Misi Inch Loss
ESP Shaklee membantu mengawal rasa lapar. Ia membakar gula dalam tubuh dalam kadar yang perlahan, jadi perut pun tak cepat lapar. Untuk misi Inch Loss yang lebih berkesan, biasa kita cadangkan tambah Lecithin sebagai pemecah lemak, dan Alfalfa untuk detox tubuh.
5. Nak Kekal Bertenaga

Oleh kerana ESP ni membakar gula dalam kadar yang perlahan, ia mampu untuk membekalkan tenaga dalam jangka masa yang panjang.
Saya paling suka ESP sebab ia membantu saya untuk kekal bertenaga sepanjang hari walaupun banyak kerja.
6. Kecantikan
Sel kulit akan mati setiap 21 hari. Selepas sel kulit mati, ESP Shaklee akan membantu untuk reproduce sel kulit yang lebih sihat dan cantik, sekaligus menghilangkan kulit kusam dan tak bermaya.
Selain itu Asid Amino yang dibekalkan oleh protein dalam ESP membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
Pengambilan ESP adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Soya bukan bahaya ke? 
Apa beza ESP Shaklee dengan air soya di pasaran?
Zaman sekarang merata orang sebarkan keburukan soya, tanpa menyedari hakikat yang tempe dan kicap makanan orang Melayu pun, bersumberkan soya.
Soya dalam ESP berbeza dengan soya minuman biasa di pasaran sebab soya ESP diproses menggunakan air sepenuhnya. Yang jadi bahaya adalah apabila ia diproses menggunakan bahan kimia.
Soya dalam ESP juga bersifat Non-GMO (Non Genetically Modified). Maksudnya, soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP tidak diubah secara genetik.
Harga ESP Shaklee adalah RM 150 setin tp anda boleh dapatkan harga istimewa dari saya..
Dan setin boleh bertahan sehingga 2 bulan bergantung kepada kadar pengambilan.!!!!!!!!!
Anda juga boleh mengambil KOMBO SUPER di bawah ini mengikut keperluan anda. Best kan??

Tunggu apa lagi hubungi saya sekarang ok :)))
PM/wassap 0174271383
SID : 932376

Sunday 2 March 2014

Perbezaan vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik.

Vitamin semulajadi vs vitamin sintetik

Soalan lazim yang seringkali menjadi perhatian pengguna vitamin...

Mengapa semulajadi?

  1. Enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.
  2. Tidak menggunakan pengisi dan pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.
  3. Penyediaan bahan mentah dari sumber semujadi yang berkualiti.
  4. Imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin.
  5. Semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik.
  6. Semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya.
Mengapa elakkan sintetik? 
  1. Tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh-struktur enzim tubuh kita adalah untuk semulajadi bukannya makmal.
  2. Percubaan untuk memadankan (match) enzim tubuh badan kita dengan vitamin sintetik ialah seumpama memadankan tangan kanan kita dengan sarung tangan kiri.
  3. Semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik-42% lebih berkesan dari sentetik. 
Bagaimana mengenal SEMULAJADI atau SINTETIK?
  1. Melalui pembacaan label - huruf "I" bagi tiruan dan "d" bagi semulajadi.
  2. Melalui kehadiran pek "silica gel" dalam bekas - menandakan ianya sintetik.
  3. Rujuk Shaklee Food Supplement -A consumer Reports by Editors of Research Institute of Preventive Health Care.

    Untuk info dan pertanyaan:

    SID : 932376
    Emel : beautysigne@gmail.com
    SMS / WA : 0174271383

    Terima kasih...

Dapatkah suplemen membantu kanak-kanak ADHD?

APA ITU ADHD

ADHD dicirikan oleh kegelisahan, kesukaran memberi tumpuan, kawalan miskin gerak hati, mudah terganggu, dan dalam beberapa kes overactivity; ditambah gejala-gejala ini mempunyai kesan yang ketara negatif terhadap prestasi akademik kanak-kanak, kemahiran sosial, dan hubungan dengan ahli keluarga, guru-guru, dan rakan-rakan. Di samping itu, ADHD sering disertai dengan gangguan pembelajaran, masalah disiplin, kebimbangan, dan / atau kemurungan.

ADHD adalah gangguan kompleks otak yang dipercayai disebabkan oleh gabungan faktor genetik dan persekitaran . Merokok dan alkohol ketika hamil , kekurangan nutrien , menonton televisyen berlebihan seawal bayi, dan pengambilan asid lemak omega- 3 yang tidak menckpi. 

Pemakanan dan ADHD


Pengambilan gula yang tinggi.
Pengambilan nutrien yang tidak mencukupi. Suplemen untuk membetulkan kekurangan mikronutrien telah terbukti untuk meningkatkan ADHD symptoms.
Makanan tambahan dan pewarna tertamanya makanan yang diproses.
Kekurangan asid lemak Omega -3 (terutamanya DHA) dan kombinasi GLA.

Rawatan bagi kebanyakan kanak-kanak dengan ADHD
ubat perangsang (terdapat kesan dari rawatan berpanjangan).
Pencegahan semula jadi dari ibu bapa di rumah.

Ubah cara hidup kita untuk masa depan anak2 kita

Hadkan masa televisyen. American Academy of Pediatrics mengesyorkan bahawa kanak-kanak di bawah umur dua tahun tidak harus menonton television.
Diet yang tinggi nutrien kesihatan - lebihkan buah-buahan yang berwarna-warni dan sayur-sayuran , kacang , kacang , dan benih.
Menggalakkan sukan dan lain-lain bentuk senaman. Aktiviti fizikal mempunyai kesan yang baik ke atas fungsi otak, dan beberapa kajian telah melaporkan bahawa senaman meningkatkan perhatian , tingkah laku dan / atau kawalan impuls pada kanak-kanak dengan ADHD.
Elakkan makanan yang diproses, makanan tiruan berwarna, dan gula. Apabila membeli makanan dibungkus sekali-sekala , lihat senarai bahan untuk mengelakkan pewarna sintetik dan bahan tambahan.
Beri anak-anak suplemen DHA dan kerap memberi mereka makan makanan kaya omega-3 (flaxseed , chia, walnut).
Membeli hasil organik dapat mengelakkan terdedah kepada racun perosak.

Jika anak anda telah didiagnosis dengan ADHD, komitmen keluarga untuk perubahan diet adalah penting. 

Pendekatan pemakanan saya untuk ADHD yang digunakan bersama dengan rawatan tingkah laku yang sesuai telah membantu banyak keluarga. Walaupun ia mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan, peningkatan yang ketara adalah hampir sentiasa diperhatikan, dan ubat-ubatan perangsang jarang perlu.


Dos suplemen utk kaedah rawatan, mencegah, dan pemulihan.
DHA EPA 400-600 mg setiap hari (mengambil dua dos yang disyorkan setiap hari lain juga yang munasabah dan berkesan ).
GLA ( 60-100 mg setiap hari; . Omega- 6 asid lemak yang ditemui dalam minyak borage dan EPO.  Mengambil dua dos yang disyorkan setiap hari lain juga yang munasabah dan berkesan )

Gluten ( daripada gandum ) dan / atau kasein ( daripada produk tenusu ) mengelakkan kanak-kanak yang sensitif kepada protein.


Thursday 13 February 2014

MULTIVITAMIN TERBAIK UNTUK KESIHATAN LELAKI DAN WANITA



APAKAH KEHEBATAN VITA-LEA?


Apabila diambil secara harian, Vita-Lea mampu:

Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh.
Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata.
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas.
Istimewanya Vita-Lea berbanding multivitamin lain:

Disokong oleh 7 kajian klinikal!
Penyerapan yang maksimum! Vita-Lea mudah diserap dengan segera oleh badan. Ia mempunyai teknologi salutan mikro yang dapat membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
Telah menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk pastikan ketulenan dan keberkesanan produk.
Pengguna vitalea akan kelihatan awet muda kerana vitalea mengandungi semua vitamin dan mineral anti penuaan.
Apakah kandungan Vita-Lea?





1 botol vitalea mengandungi 120 biji, bersamaan penggunaan selama 4 bulan! Bagi mereka yang ingin dapatkan Vitalea, bulan Feb ini adalah bulan promosi untuk Vitalea. Kini anda mampu memiliki multivitamin no 1 dunia, Vitalea dengan harga serendahRM17 sebulan!!!Memang jimat dan memang berbaloi2. Harga jimat, badan pun sihat dan cantik!


Vitamin Shaklee yang TIDAK BOLEH diambil semasa mengandung


Bismilahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah semakin ramai customer dan kwn2 yg mengambil vitamin Shaklee memberi feedback yang lepas ambil beberapa lama. Ada yang order lagi untuk mak ayah pun ada :)


Hari ini seorg customer bertanya samada boleh atau tidak dia nak ambil Omega dan Lecithin semasa mengandung. Setelah consult saya ingin jot-down dalam blog ni untuk perkongsian dengan semua.

VITAMIN YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL SEMASA MENGANDUNG
Antara vitamin-vitamin yang ibu mengandung perlu elakkan adalah;

  • Alfalfa complex
  • DTX complex
  • Collagen powder
  • Garlic Complex
  • Herblax
  • Lecithin
  • Caratomax
  • Nutriferon
  • Vitamin E complex
  • GLA complex
  • Vivix
  • Omega (pada awal kandungan tidak digalakkan ambil omega kerana omega bersifat "panas" , AMBIL SEMASA TRIMESTER KE-3 sahaja)
Kebanyakan list vitamin di atas mengandungi herba jadi mmg tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Vitamin di atas juga bersifat antioksida yang tinggi seperti Vit E, Carotomax, GLA dan Nutriferon.

Vitamin yang bersifat panas pula adalah seperti Garlic, Ginger, Alfalfa dan Vivix.

Jika ada keperluan untuk mengambil sebarang vitamin dalam senarai ini, anda perlu rujuk pada doktor terlebih dahulu.


Untuk info dan pertanyaan:


Emel : beautysigne@gmail.com
SMS / WA : 0174271383
FB : Eedazz Zed (SID 932376)


Terima kasih...

Wednesday 12 February 2014

SHAKLEE DAN KENCING MANIS / DIABETES

APA ITU KENCING MANIS??

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. 


Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. 

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.

Sumber * wikipedia


CARA UNTUK KAWAL KENCING MANIS

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:


  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :


  • Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
  • Jenis rawatan yang diterima?
  • Dimana hendak mendapat ubat?


TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT KENCING MANIS

1. Haus atau dahaga yang keterlaluan.
2. Letih dan lemah otot.
3. Berat badan menurun.
4. Penglihatan kabur.
5. Gatal.
6. Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
7. Luka yang lambat sembuh.
8. Kerap kencing.
9. Gatal pada kemaluan.
10. Rasa kebas.


SIAPA YANG BERISIKO MENDAPATKAN PENYAKIT KENCING MANIS

1. Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes. .
2. Berat badan berlebihan atau obesiti.
3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
4. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
5. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah empat kilogram atau lebih).
6. Tekanan darah tinggi.
7. Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
8. Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
9. Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi.


PANDUAN PEMAKANAN PENYAKIT KENCING MANIS

1. Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan daripada haiwan.
2. Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.
3. Pilih makanan berlemak secara bijak. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan makanan di pasaran yang dibakar dengan lemak trans.
4. Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan makanan dihasilkan menggunakan tepung putih. Lihat pada label kandungan roti terlebih dulu dan baca kandungan serta pada roti itu.
5. Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari.
6. Ambil makanan berprotein secara sederhana. Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit.
7. Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2,300 miligram sehari. Sodium ini terkandung dalam garam dan makanan dalam tin.
8. Ambil makanan kaya potasium contohnya pisang, buah bersitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan makanan tinggi kalsium contohnya susu rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu.
9. Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum.
10. Makan banyak ikan, utamakan cara memasak dengan membakar, panggang atau gril berbanding menggoreng.
11. Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai hidangan, cuba kurangkan kuantitinya. Hindari lemak daging, daging proses dan hati.
12. Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih daripada sebiji telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak atau dibuat kek.
13. Gunakan minyak sayuran secara sederhana. Utamakan minyak zaitun dan minyak canola. Kurangkan penggunaan minyak sayuran, minyak sawit dan santan.




ADAKAH ANDA INGIN SEPERTI INI??




CADANGAN SET KENCING MANIS DARIPADA RANGKAIAN SHAKLEE

Jom lihat apakah vitamin shaklee yang sesuai untuk pesakit diabetes atau kencing manis...

Jika ada bajet lebih, memang sangat disarankan untuk ambil VIVIX...

Vivix - merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan.

Selain vivix, boleh juga cuba Total Wellness programme shaklee iaitu dengan mengambil SET SUGAR CONTROL. Tetapi yang set ni macam terlalu banyak untuk ditelan pil nya.

Next, boleh cuba ambil GLA COMPLEX, B COMPLEX dan ZINC sahaja.

GLA COMPLEX - menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B COMPLEX - menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

Maka apa tunggu lagi, belikanlah untuk ayah bonda yang selama ni menghidap kencing manis dan perlu mengambil insulin setiap masa. Lihatlah perubahannya, inshaAllah.





Untuk info dan pertanyaan:


Emel : beautysigne@gmail.com
SMS / WA : 0174271383
FB : Eedazz Zed (SID 932376)


Terima kasih...





Saturday 8 February 2014

SEDIH SEBAB KURUS SGT? TAKDA MASALAH :)

Kurus kering? Berat badan yang tidak normal iaitu di bawah berat badan ideal sebenarnya (BMI < 18.5) akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius seperti tulang rapuh, kesuburan, diabetes dan sebagainya. 

BAGAIMANA SET WEIGHT GAIN SHAKLEE INI MEMBANTU ? 

1. VITA-LEA : 

Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 
Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya
Membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita)
Memberi tenaga agar tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

2. MEAL SHAKES : 

Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. 
Membekal Nutrisi kepada sel tubuh kerana ia kaya dgn protein untuk bantu membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dll
Kaya kalsium, fiber dan protein. 
Membantu menambah selera makan
Membantu memberi badan rasa bertenaga.
Mengandungi ANTIOKSIDA seperti vitamin A,C,E, zink dan selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
Detoksifikasi: kaya dengan SERAT untuk bantu BUANG LEMAK BERLEBIHAN dan sisa buangan dari perut dan usus (BAGUS UTK CEGAH SEMBELIT)
Menguatkan sistem immuniti tubuh terhadap serangan penyakit
Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa

3. B COMPLEX : 

Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. 
Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan
Menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular
Mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Wednesday 5 February 2014

Bahaya anemia kepada ibu mengandung.

Anemia merupakan gangguan kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat sumber zat besi secukupnya.

Anemia lebih kerap terjadi kepada ibu mengandung, dimana mereka sering berasa lesu dan kelihatan pucat.

Sel darah merah perlu bekerja lebih untuk menampung keperluan oksigen kepada janin yang baru hendak berkembang. Kekurangan sel darah merah yg teruk dan berlarutan boleh membahayakan ibu dan juga bayi.

Anemia diukur dalam bacaan tahap hemoglobin dalam darah iaitu bacaan HB yang menjadi rutin mingguan ibu mengandung semasa check-up.

Bahaya HB rendah kepada bayi boleh baca di SINI.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka. "
“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan. 

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.
Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.
“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.
Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:
  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya
Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia?
Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju. Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia. 

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan. Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk. 

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.
Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.
Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.
“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit. "

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.
Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan. 

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.
Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.
Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.
“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.
“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.
“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.
Memahami anemia dan kehamilan
Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi. Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.
Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan
  • Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
  • Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

Pengesanan
Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.
Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.
Pencegahan dan rawatan
Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.
Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. 

Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.
Vita-lea dengan formula zat besi adalah suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata* (Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu)
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi* (Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.)
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*
* sumber

Apa yang uniknya Vitalea shaklee???

•Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil.

•The best multivitamin dlm public interest thn 2000. 

•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbanyak 65%.

•Disokong oleh 7 kajian klinikal.

•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru.

•Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk.

Malas makan supplement? make sure Vitalea antara supplement yg WAJIB anda ambik setiap hari utk pastikan badan cukup zat dan mineral :)

Jangan biarkan masalah pening2 kepala saat awal kehamilan sebagai perkara biasa yang anda tak perlu ambik berat..lakukan pemeriksaan, dan ambil zat besi sebagai makanan tambahan di kala anda hamil, mahupun merancang utk hamil atau menyusu bayi lebih2 lg ketika berpantang.

Saya mengamalkan Vitalea Shaklee sebagai satu makanan tambahan yg wajib saya ambil kerana kandungan multivitamin yang lengkap utk memberikan kesihatan yang terbaik untuk saya lebih cergas..anda bagaimana??


Untuk info dan pertanyaan:


Emel : beautysigne@gmail.com
SMS / WA : 0174271383
FB : Eedazz Zed (SID 932376)


Terima kasih...