Pages

BLOG HEADER

BLOG HEADER
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday 13 February 2014

MULTIVITAMIN TERBAIK UNTUK KESIHATAN LELAKI DAN WANITA



APAKAH KEHEBATAN VITA-LEA?


Apabila diambil secara harian, Vita-Lea mampu:

Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh.
Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata.
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas.
Istimewanya Vita-Lea berbanding multivitamin lain:

Disokong oleh 7 kajian klinikal!
Penyerapan yang maksimum! Vita-Lea mudah diserap dengan segera oleh badan. Ia mempunyai teknologi salutan mikro yang dapat membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
Telah menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk pastikan ketulenan dan keberkesanan produk.
Pengguna vitalea akan kelihatan awet muda kerana vitalea mengandungi semua vitamin dan mineral anti penuaan.
Apakah kandungan Vita-Lea?





1 botol vitalea mengandungi 120 biji, bersamaan penggunaan selama 4 bulan! Bagi mereka yang ingin dapatkan Vitalea, bulan Feb ini adalah bulan promosi untuk Vitalea. Kini anda mampu memiliki multivitamin no 1 dunia, Vitalea dengan harga serendahRM17 sebulan!!!Memang jimat dan memang berbaloi2. Harga jimat, badan pun sihat dan cantik!


Vitamin Shaklee yang TIDAK BOLEH diambil semasa mengandung


Bismilahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah semakin ramai customer dan kwn2 yg mengambil vitamin Shaklee memberi feedback yang lepas ambil beberapa lama. Ada yang order lagi untuk mak ayah pun ada :)


Hari ini seorg customer bertanya samada boleh atau tidak dia nak ambil Omega dan Lecithin semasa mengandung. Setelah consult saya ingin jot-down dalam blog ni untuk perkongsian dengan semua.

VITAMIN YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL SEMASA MENGANDUNG
Antara vitamin-vitamin yang ibu mengandung perlu elakkan adalah;

  • Alfalfa complex
  • DTX complex
  • Collagen powder
  • Garlic Complex
  • Herblax
  • Lecithin
  • Caratomax
  • Nutriferon
  • Vitamin E complex
  • GLA complex
  • Vivix
  • Omega (pada awal kandungan tidak digalakkan ambil omega kerana omega bersifat "panas" , AMBIL SEMASA TRIMESTER KE-3 sahaja)
Kebanyakan list vitamin di atas mengandungi herba jadi mmg tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Vitamin di atas juga bersifat antioksida yang tinggi seperti Vit E, Carotomax, GLA dan Nutriferon.

Vitamin yang bersifat panas pula adalah seperti Garlic, Ginger, Alfalfa dan Vivix.

Jika ada keperluan untuk mengambil sebarang vitamin dalam senarai ini, anda perlu rujuk pada doktor terlebih dahulu.


Untuk info dan pertanyaan:


Emel : beautysigne@gmail.com
SMS / WA : 0174271383
FB : Eedazz Zed (SID 932376)


Terima kasih...

Wednesday 12 February 2014

SHAKLEE DAN KENCING MANIS / DIABETES

APA ITU KENCING MANIS??

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. 


Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. 

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.

Sumber * wikipedia


CARA UNTUK KAWAL KENCING MANIS

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:


  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :


  • Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
  • Jenis rawatan yang diterima?
  • Dimana hendak mendapat ubat?


TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT KENCING MANIS

1. Haus atau dahaga yang keterlaluan.
2. Letih dan lemah otot.
3. Berat badan menurun.
4. Penglihatan kabur.
5. Gatal.
6. Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
7. Luka yang lambat sembuh.
8. Kerap kencing.
9. Gatal pada kemaluan.
10. Rasa kebas.


SIAPA YANG BERISIKO MENDAPATKAN PENYAKIT KENCING MANIS

1. Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes. .
2. Berat badan berlebihan atau obesiti.
3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
4. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
5. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah empat kilogram atau lebih).
6. Tekanan darah tinggi.
7. Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
8. Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
9. Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi.


PANDUAN PEMAKANAN PENYAKIT KENCING MANIS

1. Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan daripada haiwan.
2. Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.
3. Pilih makanan berlemak secara bijak. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan makanan di pasaran yang dibakar dengan lemak trans.
4. Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan makanan dihasilkan menggunakan tepung putih. Lihat pada label kandungan roti terlebih dulu dan baca kandungan serta pada roti itu.
5. Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari.
6. Ambil makanan berprotein secara sederhana. Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit.
7. Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2,300 miligram sehari. Sodium ini terkandung dalam garam dan makanan dalam tin.
8. Ambil makanan kaya potasium contohnya pisang, buah bersitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan makanan tinggi kalsium contohnya susu rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu.
9. Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum.
10. Makan banyak ikan, utamakan cara memasak dengan membakar, panggang atau gril berbanding menggoreng.
11. Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai hidangan, cuba kurangkan kuantitinya. Hindari lemak daging, daging proses dan hati.
12. Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih daripada sebiji telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak atau dibuat kek.
13. Gunakan minyak sayuran secara sederhana. Utamakan minyak zaitun dan minyak canola. Kurangkan penggunaan minyak sayuran, minyak sawit dan santan.




ADAKAH ANDA INGIN SEPERTI INI??




CADANGAN SET KENCING MANIS DARIPADA RANGKAIAN SHAKLEE

Jom lihat apakah vitamin shaklee yang sesuai untuk pesakit diabetes atau kencing manis...

Jika ada bajet lebih, memang sangat disarankan untuk ambil VIVIX...

Vivix - merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan.

Selain vivix, boleh juga cuba Total Wellness programme shaklee iaitu dengan mengambil SET SUGAR CONTROL. Tetapi yang set ni macam terlalu banyak untuk ditelan pil nya.

Next, boleh cuba ambil GLA COMPLEX, B COMPLEX dan ZINC sahaja.

GLA COMPLEX - menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B COMPLEX - menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

Maka apa tunggu lagi, belikanlah untuk ayah bonda yang selama ni menghidap kencing manis dan perlu mengambil insulin setiap masa. Lihatlah perubahannya, inshaAllah.





Untuk info dan pertanyaan:


Emel : beautysigne@gmail.com
SMS / WA : 0174271383
FB : Eedazz Zed (SID 932376)


Terima kasih...





Saturday 8 February 2014

SEDIH SEBAB KURUS SGT? TAKDA MASALAH :)

Kurus kering? Berat badan yang tidak normal iaitu di bawah berat badan ideal sebenarnya (BMI < 18.5) akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius seperti tulang rapuh, kesuburan, diabetes dan sebagainya. 

BAGAIMANA SET WEIGHT GAIN SHAKLEE INI MEMBANTU ? 

1. VITA-LEA : 

Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 
Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya
Membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita)
Memberi tenaga agar tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

2. MEAL SHAKES : 

Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. 
Membekal Nutrisi kepada sel tubuh kerana ia kaya dgn protein untuk bantu membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dll
Kaya kalsium, fiber dan protein. 
Membantu menambah selera makan
Membantu memberi badan rasa bertenaga.
Mengandungi ANTIOKSIDA seperti vitamin A,C,E, zink dan selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
Detoksifikasi: kaya dengan SERAT untuk bantu BUANG LEMAK BERLEBIHAN dan sisa buangan dari perut dan usus (BAGUS UTK CEGAH SEMBELIT)
Menguatkan sistem immuniti tubuh terhadap serangan penyakit
Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa

3. B COMPLEX : 

Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. 
Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan
Menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular
Mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Wednesday 5 February 2014

Bahaya anemia kepada ibu mengandung.

Anemia merupakan gangguan kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat sumber zat besi secukupnya.

Anemia lebih kerap terjadi kepada ibu mengandung, dimana mereka sering berasa lesu dan kelihatan pucat.

Sel darah merah perlu bekerja lebih untuk menampung keperluan oksigen kepada janin yang baru hendak berkembang. Kekurangan sel darah merah yg teruk dan berlarutan boleh membahayakan ibu dan juga bayi.

Anemia diukur dalam bacaan tahap hemoglobin dalam darah iaitu bacaan HB yang menjadi rutin mingguan ibu mengandung semasa check-up.

Bahaya HB rendah kepada bayi boleh baca di SINI.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka. "
“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan. 

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.
Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.
“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.
Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:
  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya
Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia?
Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju. Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia. 

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan. Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk. 

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.
Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.
Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.
“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit. "

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.
Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan. 

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.
Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.
Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.
“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.
“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.
“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.
Memahami anemia dan kehamilan
Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi. Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.
Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan
  • Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
  • Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

Pengesanan
Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.
Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.
Pencegahan dan rawatan
Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.
Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. 

Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.
Vita-lea dengan formula zat besi adalah suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata* (Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu)
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi* (Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.)
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*
* sumber

Apa yang uniknya Vitalea shaklee???

•Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil.

•The best multivitamin dlm public interest thn 2000. 

•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbanyak 65%.

•Disokong oleh 7 kajian klinikal.

•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru.

•Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk.

Malas makan supplement? make sure Vitalea antara supplement yg WAJIB anda ambik setiap hari utk pastikan badan cukup zat dan mineral :)

Jangan biarkan masalah pening2 kepala saat awal kehamilan sebagai perkara biasa yang anda tak perlu ambik berat..lakukan pemeriksaan, dan ambil zat besi sebagai makanan tambahan di kala anda hamil, mahupun merancang utk hamil atau menyusu bayi lebih2 lg ketika berpantang.

Saya mengamalkan Vitalea Shaklee sebagai satu makanan tambahan yg wajib saya ambil kerana kandungan multivitamin yang lengkap utk memberikan kesihatan yang terbaik untuk saya lebih cergas..anda bagaimana??


Untuk info dan pertanyaan:


Emel : beautysigne@gmail.com
SMS / WA : 0174271383
FB : Eedazz Zed (SID 932376)


Terima kasih...

Tuesday 4 February 2014

Ibu mengandung dan masalah HB rendah.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN (HB) SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.


1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.


2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)

Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.


3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)

Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??


Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation).

Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.


APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?


Tips 1 :--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan


Tips 2 :--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan HB


Tips 3 :--> Makan pil/vitamin tambah darah (yg doktor selalu bagi tu) mengikut yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..


Tips 4 :--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)


MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 akan naik dgn cepat.


Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia (HB low utk ibu mengandung).

Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. 

Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.




Vita-Lea® Iron Formula
  • Multivitamin & Multimineral
  • Multi yang Hebat
  • Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
  • Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan.
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. 

Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. 

Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi HB rendah.





Lengkap!

Untuk info dan pertanyaan:

Emel : beautysigne@gmail.com
SMS / WA : 0174271383
FB : Eedazz Zed (SID 932376)

Terima kasih...

Saturday 1 February 2014

CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE & TIPS =)




Banyaknya vitamin nak kena makan... camna nak makan ni semua sekali bole ke? Peningg arrr..!

Ok jgn pening. Hari ni saya akan kongsi tentang cara makan vitamin Shaklee dgn cara yang betul. Walaupun ini adalah cadangan, tapi boleh la dijadikan panduan buat yang istiqamah mahu lebih sihat (luar dan dalam), betul tak? :)



Vita Lea with iron Formula
1-2 biji sehari, selepas makan, best taken after breakfast and dinner. Best taken with vitamin C.

PENTING: tak sesuai di ambil bersama minuman/makanan bersusu


Kenapa kena amik selepas makan?
Sebab Vitalea ni adalah vit yang sgt senang larut. Kalau diambil ketika perut kosong, proses penguraian vit akan terlalu cepat dan nutrisi nya sekejap saja berada dalam tubuh kita.

Ambil vitamin C bersama utk lebih penyerapan zat besi ok :)


Vitamin C
1-2 biji sehari, selepas makan, best taken after breakfast and dinner. Best taken with vitalea.

TIPS : kalau ada rasa2 nak dmm atau selsema..cpt2 amik 2 biji vitamin C yang dipatahkan 2. Ini supaya kita mendapat kesan berganda utk membantu menguatkan imun, jadi Insyaallah kita tak terkena demam / selsema.


B complex
1biji sehari selepas makan, best taken after breakfast.

Kenapa kena amik pagi? Sbb Bcomplex akan tingkatkan metabolisme badan kita dan kita akan rasa energy, tak mengantuk & fresh!

Kalau kurus, nak tambah berat , amik sebelum makan.
Zinc complex
1biji sehari sebelum makan. Mesti sebelum makan untuk kesan yang baikkkk...

TIPS : letak zinc complex dan segelas air kosong dalam bilik tidur, so lepas aje bangun bole terus minum.


Alfalfa
2-4 biji permulaan, jika masih tidak dapat hasil yang di ingini, boleh naikkan dos sedikit2 sampai 5 biji sekali makan, 2 kali sehari selepas lunch dan dinner. 

PENTING : untuk bf mummy, monitor najis baby selalu, sbb takut ada baby tak tahan and dpt cirit birit.

ESP - Energizing Soy Protein
Dicadangkan 3 sudu besar sehari, terpulang nak minum sekali gus atau nak bahagi 2/3. 

Boleh dicampur bersama minuman kegemaran mcm susu/milo/horlicks etc. Bancuh sesedap rasa, shake untuk kesan yang lebih baik (larut cepat).

PENTING : tidak boleh di bancuh dengan air panas mendidih, kerana ia boleh rosakkan struktur protein. 
Jangan ambil esp bersama teh atau kopi kerana ia mengganggu penyerapan vitamin.

Untuk resepi ESP boleh klik SINI

Ostematrix
Paling senang, ambil 2 - 4 biji sebelum tidur.


Omega guard
1-2 biji sekali makan sekali sehari selepas makan. Jika kanak-kanak boleh pecahkan sebiji dlm bubur/susu seminggu 2-3kali.


Lecithin 
3 biji sekali makan dua kali sehari, selepas lunch dan selepas dinner.


Garlic

1-2 biji sehari sekali, selepas makan.


GLA
biji sehari sekali, selepas makan.

Untuk hamil : ambil setiap hari dari hari 1- hari 14. Stop makan sehingga period semula. Berhenti makan jika hamil.

Untuk penjagaan dan maintain kesihatan : ambil setiap hari

Collagen
Satu hari 1 sachet, eloknya sebelum tidur.
Boleh makan begitu sahaja / bancuh dlm secawan air suam atau sejuk.

Vitamin E

1 biji, ambil sebelum tidur.

AJHT
2 biji sehari selepas makan.

Chewable Vita C plus (100mg)

Untuk kanak-kanak usia 1 tahun ke atas : 1 biji sehari
Kalau dewasa ambil 3-5 biji sehari, mesti dihisap bukan ditelan sekali gus.

Mealshake

Untuk kanak-kanak > 3 tahun : Setengah sudu teh sehari.
Selepas 3 tahun boleh bagi satu sudu teh sehari. 

CARA : Dibancuh ke dalam minuman mereka / campur dengan susu. Jangan guna air panas mendidih. Beri anak minum air yang banyak untuk elak sembelit. 

Dewasa: Sehari tidak lebih 4 sudu besar. Sekali bancuh 1-2 sudu besar bancuh bersama minuman kegemaran/ESP/PD.


Performance Drink

Sekali bancuh 3 sudu besar utk dewasa. 
Untuk kanak-kanak 1 sudu besar. 

TIPS : Bancuh bersama air sejuk/melashake/esp. 

TIPS : Disarankan ambil sebelum, semasa dan selepas work out atau sewaktu bersahur/berbuka!

TIPS MUDAH : Sebelum tidur, masukkan 1 - 3 sudu besar ke dalam air kosong di dalam botol / bekas air.  Kemudian masukkan dalam peti sejuk. Bawa ke tempat kerja / sekolah untuk penghidratan berpanjangan.


YANG PALING PENTING
Jadual pengambilan vitamin ini adalah cadangan sahaja. Jadual boleh diubah mengikut kesesuaian masing-masing dan tiada masalah jika jadual diubah cuma perlu tahu vitamin yang sesuai diambil bersama dan vitamin yang perlu dielakkan diambil bersama. 

Yang penting kena ingat bahawa :

Ostematrix JANGAN AMBIL SERENTAK dengan Vitalea

Vitalea JANGAN AMBIL SERENTAK bersama susu atau ESP

Alfalfa JANGAN AMBIL SERENTAK dengan Vita E

Jarakkan masa pengambilan dengan minuman berkaffein.

Setiap customer saya akan mendapat jadual pengambilan vitamin samada dalam bentuk softcopy / hardcopy.


Untuk info dan pertanyaan:


Emel : beautysigne@gmail.com
SMS / WA : 0174271383
FB : Eedazz Zed (SID 932376)


Terima kasih...